manusia zaman sekarang atau kawan zaman sekarang?
Friday, January 27 | 6:35 PM | 3 dazzle(s)

Title bukan main kencang -.- hmm actually aku nak luah beberapa benda la kat sini.sedih sangat.nak cakap ni perangai manusia sekarang pon dah jadi serba tak kena.eh aku cuma nak mengeluh pasal kawan kawan zaman sekarang.I hope you'all faham la apa aku nak sampaikan ni :)
selfish.
kawan yang baik dia takkan pentingkan diri dia sendiri dalam certain-certain hal kan?dia akan selalu ingat kawan kawan dia walau apa cara sekali pon.tapi apa yang aku nampak,sekarang ni ramai yang selfish.terlalu selfish demi kepentingan dia sendiri.aku pon taktau kenapa.dia nak dia sorang ja senang dalam segala hal dan dia akan biar orang lain terkontang kanting sorang.dia akan senyum bila dia dah dapat apa yang dia nak dan dia akan seronok bila dalam setiap hal ATAU kesusahan dia,ada kawan yang tolong dia.tapi bila kawan dia sendiri yang dalam kesusahan?MANA dia?SEMESTINYA la dia hilang dari pandangan.HMMM...
kawan bersebab.
hmm.nak berkawan pon kena bersebab ka?example,kawan tu kena la kaya,berduit,cantik,pandai and macam-macam lagi lah -.-fiewwww.aku tak suka kawan jenis ni.sangat-sangat tak suka.bagi aku,kawan yang tidak mempunyai apa-apa atau hidup sederhana itu yang lebih baik dari seorang kawan yang mempunyai segal-gala dalam hidup.susah nak jumpa kawan yang betul-betul ikhlas anggap kita kawan dia.susah sangat.bila kita dah berduit sikit,mulalah buat baik dengan kita.berkepit sana.berkepit sini.UNTUK APA?untuk kesenangan dia -.- aku benci lah.DUNIA akhir zaman.macam maacam manusia/kawan yang pelik kita akan jumpa kan?hmmm
okay la,till we meet again in the next entry :)
Pilu dihati siapa yang tahu?
Monday, January 23 | 9:45 PM | 0 dazzle(s)
sangat pilu dan sedih.sebab tu la malas nak balik rumah.aku akan sedih untuk tinggalkan rumah lagi & lagi.berat sungguh hati ni.tapi siapa yang nak paham?aku menangis dalam hati.itu ja aku mampu.....Jadi la kot aku bermadah.Biasalah apa-apa karangan kena ada pendahuluan dulu okay hahaha.K back to the cerita,hm actually aku seboleh-bolehnya takmauu langsung balik kolej.malas nak belajar apa semua.kalau boleh nak duduk bawah ketiak mak abah aku ja hari hari :'( tapi bila fikir balik, aku kena belajar.aku nak buat mak abah aku gembira tengok aku boleh kerja pastu boleh pegang duit sendiri.Sebab dalam family aku,aku ja yang pelik sikit.Normal la kan kan haha.pelik sebab aku ni seorang yang ermm pemalas teruk.asyik nak duduk goyang kaki ja -.-' haishh.Bila periksa ja aku suka buat LOi (bahasa kedah,maksudnya buat endah tak endah)
and then cuti 3hari ni macam sat sangat tau takk -,- pengarang jantung hati pon tak sempat nak jumpak.RINDU tu takpayah ahh cakap.jeles?lagi tak terkata bila tengok kapel bersweet-sweet depan aku.Hanya mampu tersenyum melihat kemesraan itu.Ceh buat teruk hang ni syifa -,-
k lah saye nak packing barang.byebye :'(
Malas.
Saturday, January 21 | 9:07 PM | 1 dazzle(s)
kikikiki lama gila tak update.banyak nak cerita.tapi biasalah, bila online guna broadband banyak sangat dugaannya -.-'' so macam semua yang tahu, aku sekarang tengah holiday for chinese new year.4hari 3malam je k kat rumah ni. hm hm :'(actually blog ni dah lama dah aku buat.zaman sekolah lagi.cewahh bajet macam aku dah tinggal zaman sekolah bertahun-tahun.padahal baru dua tahun K.ayat mintak pelempang ja -,-' like seriuosly aku dah blank nak taip apa ni !!
okay nak cerita pasal semalam.YA ALLAH.nasiblah aku ni seorang yang penyabar jugak lah kan.bayangkan CINA yang nak raya,tapi melayu pulak yang penuh dekat puduraya semalam.memang ramai sangat.sekali tengok macam semut hitam pon ada.aku punya tiket sepatutnya pukul 12.tak perasan pon belakang tiket tu dia tulis EXTRA BAS.so pukul 3 pagi baru gerak keluar KL :'( naik pulak bas sekolah.penat je aku bayar RM45 tau tak?! -.-' kalau extra2 ni sepatutnya bagi jea lah separuh harga ka?BANYAKLAH KAU syifa -.-'' hmm semalam macam nak give up pon ada.tapi bila fikir mak abah semua, terus semangat sikit.aku ni kalau rasa letih ka lapar ka,marah ka,memang aku menangis.tapi malu ah nak tunjuk kat orang.
OKAY NOW AKU KAT RUMAH-end of story BYE :p





Real Name: just call me Syifa lovera.
Age: 18th years old.
Born: Disember 29th, 1993 at kedah.
Hometown: Jitra, kedah.
Education: Kolej poly-tech mara, Kuala lumpur.
Class: DIPLOMA TESL.
Favorite Colours: Puplr & black.
Favorite Foods: nasi ayam.
Hobbies: sleeping and eat.
Things I Likes: camera, photo, art.
Things I hates: a Liar & hipokrit, attention seeker.
weird personality: love to be alone.
relationship status: in relationship . 



